Selasa, 2009 Mei 19

Dulu Hilang Maskahwin, Sekarang Permata pulak Yang Hilang !


Sejak meletakkan posting perihal "Maskahwin Yg Hilang" saya terima banyak pertanyaan berkenaan buku Permata Yang Hilang [PYH].

Aha! Nampaknya orang suka cari benda-benda yang hilang. Buku PYH ni sebenarnya adalah karya klasik yang ditulis oleh seorang Otai di zaman belum ada lagi internet. Ianya padat dengan info yang berguna. Macam-macam kitab lama dijadikan rujukan untuk menyiapkan buku ini. Antara kitab Melayu yang dijadikan bahan rujukan ialah kitab Tajul Muluk. Kitab astrologi/nujum ni terdapat dalam tulisan Jawi saja. Saya pun ada satu naskah yang saya beli lama dulu tapi memang pening juga nak membacanya sebab ditulis dalam bahasa Melayu Lama.

Penulis buku PYH telah mengutip bermacam petua ilmu falaq dan ilmu insan dari kitab Tajul Muluk. Selain itu ada beberapa kitab lain yang dirujuk, seperti kitab Arab Rawd-at-Tirr, Kamasutra, Cina Kuno, Primbon Jawa dan tak ketinggalan juga buku Barat moden. Fakta-fakta sains dan rujukan hadith dan AlQuran juga dijadikan sandaran penulis dalam menyiapkan buku ini.

Permata Yang Hilang sesuai dibaca oleh Pengantin Baru dan juga Pengantin Lama ... hehehe ... yang lama dan otai pun kekadang boleh terlepas pandang tentang selok-belok dalam hubungan intim. Silap membelok, masuk longkang! Ooops ... Sebenarnya banyak petua dan nasihat yang sangat berguna terdapat dalam buku ini. Maklumlah orang zaman sekarang ni, nak berjimak pun dah tak reti baca doa - bila dapat anak perangai macam jin !!!


KLIK SINI untuk lihat indeks penuh PYH
dan link untuk anda download eBuku ini.

Oh lupa nak cakap ...
buku ini kategori 18SX

Kandungan eksplisit bagi tujuan
pendidikan semata-mata :)

Konsep Bekerja atau Bisnes dari Rumah

Konsep “bekerja dari rumah” atau “work from home” merujuk kepada mereka yang bekerja dari kediaman mereka, rumah, apartmen, kondominium dan sebagainya. Mereka mungkin bekerja untuk diri sendiri ataupun bekerja untuk sesebuah syarikat tetapi tidak perlu berada di premis pejabat majikan untuk melaksanakan kerja harian mereka secara sepenuh masa atau atas dasar perlu sahaja. Penganalisis ekonomi berpendapat bekerja dari rumah adalah cara bekerja masa akan datang. Di Amerika Syarikat umpamanya, bekerja dari rumah sedang pesat berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kira-kira 10%. Keinginan untuk mencapai economic self-sufficiency memberi motivasi dan semangat kepada ramai penduduk negara itu untuk memasarkan kemahiran dari kediaman mereka bagi memperolehi pendapatan. Perkembangan semasa ini mendorong semakin ramai orang di seluruh dunia untuk mengurus semula kehidupan mereka dengan bekerja dari rumah atau memulakan perniagaan dari rumah.

Konsep ini boleh menjadi sumber pendapatan utama seseorang ataupun kerjaya separa-masa bagi memperolehi pendapatan sampingan untuk keluarga mereka. Inovasi dan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), terutamanya internet telah membuka peluang bagi membolehkan orang ramai bekerja dari rumah. Dari pengalaman negara Barat, didapati bahawa sebahagian besar pengamal konsep bekerja dari rumah memulakannya secara sambilan terlebih dahulu. Seterusnya, pekerjaan tersebut akan berkembang menjadi pekerjaan sepenuh masa dan sumber pendapatan utama. Di Malaysia, konsep bekerja dari rumah telah mula dipraktikkan oleh masyarakat tempatan, tetapi belum lagi diamalkan secara meluas. Kini terdapat sebilangan individu di Malaysia yang sudahpun menjalankan kegiatan bekerja dari rumah secara kecil-kecilan.

Kelebihan Bekerja | Bisnes@Rumah

Elemen utama dalam konsep Pejabat@Rumah ialah “kerja dan tugasan seseorang itu tidak perlu
dilakukan di pejabat atau kedai”. Ini merupakan keutamaan bagi mereka yang terpaksa embuat
pilihan sama ada untuk terus bekerja atau berhenti bekerja, terutama apabila mereka mempunyai komitmen terhadap keluarga yang mendesak mereka supaya sentiasa berada di dalam atau berdekatan dengan kediaman mereka. Faedah yang diperolehi oleh individu yang mengamalkan konsep bekerja dari rumah ialah:

• Berpeluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah.
• Berupaya memperolehi pendapatan dari kerja tersebut.
• Kegunaan terus kemahiran serta kepakaran yang ada. Atas sebab-sebab inilah, konsep bekerja dari rumah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada suri rumah, warga emas, golongan kurang upaya serta individu yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Melalui konsep ini, negara memperolehi faedah-faedah seperti berikut:

• Memanfaatkan tenaga mereka yang bekerja dari rumah dengan memberi sumbangan ke arah pembangunan negara.
• Mengurangkan kebergantungan ke atas tenaga pekerja asing dalam pelbagai sektor.
• Membantu mengurangkan kesesakan jalanraya dengan berkurangnya bilangan orang yang memandu ke tempat kerja. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan produktiviti pekerja melalui pengurangan pembaziran masa dalam perjalanan ulang-alik ke pejabat.
• Memberikan kesan yang positif kepada kualiti udara di bandar-bandar utama disebabkan oleh pengurangan tahap pencemaran.